Thursday, September 14, 2006

AMARAH

Dari mana sebenarnya wujud kemarahan itu?

Adakah ianya sifat semulajadi?

Adakah ianya berlaku dengan desakan?

Atau ianya berlaku kerana dendam?

Ku tak pasti…

Yang aku tahu, semua makhluk ada sifat kemarahan.

Dapatkah kemarahan itu dibendung?

Bolehkah kemarahan itu dikawal?

Perlukah ia dijauhi?

Yang pasti, bagaimanakah caranya untuk mengekang kemarahan?

Kemarahan itu boleh dikaitkan dengan api yang membara.

Api jika tidak dikawal, bisa memusnahkan.

Walaupun perkara ini disedari,

Namun ianya masih berlaku.

Mengapa?

Ku dengar cara yang terbaik ialah beristighfar.

Ada kebenarannya….

Walaupun sudah diberitahu cara mengawalnya

Namun daya pendengaran dirapatkan

Kesudahannya……?


princezzD remembered on 8:14 PM.